Kenapa hanya mengaku tapi bukan melaku kan nya?
Kenapa hanya takut di depan tapi tidak takut bila tidak berdepan?
Bukan kan kita tahu, setiap perbuatan kita di nilai? Bukan kah kita sedia maklum setiap perbuatan kita, walau dosa nya sekecil buih di laut, akan di lihat oleh Tuhan?
Ya Allah Ya Tuhan ku
Sedarkan lah umat Islam d dunia ini
Sedarkan lah kami bahawasanya janji- janji mu adalah benar
Buka kan lah hati kami untuk mengenang mu.. mengingati mu.. bukan hanya ketika di kala kesusahan atau kedukaan, tetapi di setiap masa, di setiap minit, di setiap Saat.
Perkuat kan lah akidah seluruh umat Islam ini.
Perkuat kan lah semangat kami agar dapat menepis fitnah dajjal d satu masa nanti.
Jauhi lah kami dari seksaan mu di akhirat, di neraka jahanam.
Sesungguhnya, kami tidak layak ke syurga mu, namun tidak kami sanggup ke neraka mu.
Ya Allah Ya Tuhan ku
Ampuni lah dosa2 kedua ibu bapa ku, dosa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa saudara2 ku
dan tabahkan lah hati kami, perkuatkan lah iman kami, agar dapat meneruskan perjuangan kami d dunia ini. Jauhi lah kami dari azab neraka mu, jauhi lah kami dari fitnah dunia, jauhi lah kami dari ganguan syaitan yang di rejam.
Amin Ya Rabbal Al Amin
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)
Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.” '
No comments:
Post a Comment